Seks ialah lucah, jelik, jalang, jijik, hina, memalukan, neraka, dosa, rosakkan otak. Apa lagi?
Itu semua ialah perasaan atau keterangan yang seringkali disinonimkan dengan topik seks bukan? Kesannya? Membincangkan di dalam kelas dianggap tak appropriate. Si bapa dan ibu tidak dapat mengajar anak remaja yang semakin membesar tanpa rasa muka tebal. Kuliah di masjid, kalau sentuh bab ini orang akan mula panggil si penceramah sebagai sesat dan ahli neraka. Tetapi jiwa anak-anak yang sedang membesar membuak-buak ingin tahu. Jadi bagaimana?
Jadi janganlah hairan bila anak-anak mula mencari dengan cara tersendiri. Bagaimana? Lelaki cari girlfriend untuk cuba-cuba. Perempuan mula rasa ada crush dan perlu dapatkan boyfriend untuk mengisi jiwa yang hairan kekosongan. Komputer dan internet, bahan lengkap untuk dapatkan semua imej untuk tatapan. For research purpose katanya.
Ada juga kadang-kadang anak dara yang tidak bersalah bertanya ibu ayah, “Mama, kenapa boy kelas saya selalu pandang dada/punggung saya lepas tu gelak-gelak dengan kawan-kawan dia?” Budak lelaki mungkin selalu pendam, tapi ada juga yang berani bertanya “Ayah, kenapa pagi-pagi konek saya keras?”. Tapi apa jawapan orang tua?
“ALAH NANTI KAU BESAR NANTI KAU TAU LA TU KENAPA.”
Yang sebenarnya dia sendiri otak blue tapi acah-acah anak-anak kena suci, walhal di pejabat, dalam whatsapp group kawan-kawan, di media sosial komen bawah gambar artis seksi bukan main rancak dia melucah. Orang-orang tua dan orang tua-tua tahu topik ini sensitif tetapi atas alasan tidak mahu ‘mencemarkan’ otak anak-anak mereka dengan ‘kekotoran’ topik ini, mereka memberikan impresi negatif tentang topik yang penting ini kepada generasi muda. Bukan itu saja, mereka sentiasa merasakan generasi muda ‘masih belum matang’ untuk mempelajarinya walaupun secara berperingkat, sedangkan diri mere sendiri merasa seronok mempermainkan sensitiviti hal ini dengan kawan-kawan sama ada sama jantina, lebih-lebih lagi dengan jantina lain.
Sedangkan ia adalah keperluan fitrah manusia. Tanpa seks, manusia tidak akan membiak. Bukan itu saja, hidup tidak gembira, stress, keperluan mendesak, ‘bil air naik kepala’, merajuk, serba tak kena. Belum kira noda dan dosa lagi.
Seks ialah keperluan asas setiap manusia normal. Daripada aspek perkembangan psikologi, ia bermula sejak dari umur di bawah 5 tahun. Sekiranya perkembangan dan sifat ingin tahu ini tidak dipandu dari sedemikian muda, bayangkan kesannya selepas 10, 15, 20 tahun si anak tersebut teraba2 di dalam kejahilan berteka-teki yang mana betul yang mana salah. Sudah pasti banyak tersalah dari yang cerah. Pendidikan seks perlu dimulakan dari kecil.
Bila kita bicara pendidikan seks, bukanlah maksudnya kita perlu ajar anak kecil usia 5 tahun cara berjimak. Hasil pemikiran begini adalah natijah daripada otak blue yang tidak terdidik dan membesar dengan tanggapan sendiri. Hasilnya, apabila mendengar istilah seks disebut, mulalah segala label dan tanggapan negatifnya keluar.
Pendidikan seks seharusnya diajarkan kepada anak-anak menurut tahapan pemahaman masing-masing. Menyembunyikannya daripada mereka adalah selangkah ke arah merosakkan akal mereka. Terlalu banyak topik berkaitan yang perlu disentuh bermula daripada mengenal organ seks iaitu organ reproduktif, memahami perasaan tarikan antara jantina berlawanan, kaedah mengawal nafsu syahwat tanpa melawan fitrah, ilmu menggoda suami dan isteri, ilmu jimak, hal ehwal mengandung dan melahirkan anak, dan sebagainya.
Dahaganya manusia daripada ilmu-ilmu ini melahirkan generasi yang mungkin bijak akademik dan ilmu agamanya, tetapi jahil emosi dan adab munakahatnya. Zahirnya mungkin nampak membesar seperti biasa, tetapi batinnya wujudlah warden-warden tahfiz yang merenyam nak meraba dan menodai pelajar-pelajar tahfiz sesama jantina. Semakin hari semakin ramailah golongan Hawa yang tarikannya melawan hukum alam, berahi melihat dada montok dan punggung elok rakan perempuan sendiri. Tidak kurang juga jantan gila yang melayan seks isteri sekadar tempat buang air mani, tetapi terasa kurang dan mula mencari kepuasan di ‘ladang-ladang’ lain termasuk kepunyaan orang lain. Jangan terkejut dengan adanya juga betina yang langsung tak faham dan langsung tak nak faham keinginan seks suami itu ialah fitrah normal, tetapi dirasakan tidak normal kerana tiada pendedahan awal.
Bagaimana pula dengan orang tua yang terangsang dengan kanak-kanak i.e pedophile?
Fantasi yang gila seperti seks dengan mayat?
Seks dengan binatang?
Should I go on?
Mari kita ubah fikiran kolot ini. Bukan untuk membudayakan seks bebas tanpa akhirat, tetapi untuk memandu syahwat ciptaan tuhan berpandukan wahyu dan sunnahnya. Bukan untuk normalisasi otak blue, tetapi mendidik dan memandu. Dunia berubah daripada merangkak kepada berlari, mahu atau tidak, anak-anak kita mencari dan tercari-cari. Jika bukan kita yang memimpin mereka, siapa lagi?