11 Keinginan Suami Bila Berkaitan Seks
Entri kali ini ditulis bagi mewakili suara hati para suami yang tidak tahu cara memberitahu isteri mereka apa yang mereka mahukan berkaitan aktiviti seks sebenarnya. Ia mungkin tidak mewakili SEMUA suami di luar, tetapi ramai suami yang walaupun sudah berbelas tahun berkahwin tetapi masih malu-malu untuk berkomunikasi secara terbuka kerana pelbagai alasan. Ada yang risau dipandang gila seks oleh isteri mereka, ada yang tidak mahu dianggap pelik dan jijik, tak kurang juga ada yang masih menganggap percakapan tentang topik sedemikian ialah dosa.yang mengaibkan, walaupun ia halal 100% antara suami isteri.
Jadi saya tolong senaraikan 11 keinginan suami yang mungkin malu untuk diberitahu kepada isteri masing-masing.
Intimasi fizikal yang banyak kali
Kebanyakan lelaki sukakan intimasi secara fizikal, dan bukan di ranjang sahaja. Di meja makan, dalam kereta, sambil menunggu di bank, sambil beratur di Ikea, semasa menonton wayang, Bukan semua lelaki sukakan physical contact, tetapi boleh kata ramai yang nak. Jadi dalam situasi-situasi tersebut, dia akan suka untuk pegang, sentuh, letak tangan atas peha, ada yang suka seluk tangan dalam baju, seluk tangan dalam seluar/skirt, masuk tangan dalam poket belakang seluar jeans, tepuk punggung, ciuman di bibir (peck on lips), dan sebagainya.
Isteri yang mulakan ajakan seks
Antara kesukaan suami ialah mengetahui isteri dia pun berhajat kepada hubungan seks. Dengan isteri memulakan ajakan kepada seks, suami tidak dibebani dengan ‘risiko’ kena reject oleh isteri. Automatik suami akan turn on. Pada masa yang sama, situasi ini juga akan mengelakkan si suami berasa seolah-olah bertepuk sebelah tangan. DIa juga akan merasakan keinginan kepada seks itu adalah normal dan tidak asing. Seandainya hanya suami yang perlu mulakan ajakan seks, lama kelamaan timbul juga perasaan “Isteri aku ni sebenarnya mungkin tak minat pun seks agaknya, dan hanya lakukan atas dasar tanggungjawab semata-mata.” Jadi apa salahnya. Bukan susah pun, sepotong ayat dalam whatsapp sejam dua sebelum balik kerja “Abang, saya basah ni tau, malam ni abang tolong ya.” pun dah cukup buat suami ‘berdenyut’.
Isteri yang nakal
Nakal dan comel ialah dua perkara berbeza. Nakal dalam konteks seks ialah nakal melucah. Pernah tengok lelaki menggatal melucah dengan budak-budak pejabat, tambah-tambah kalau budak pejabat tu budak intern muda-muda dahi licin? Lepas tu pernah tengok kan budak intern tu melayan? Ha melayan tu lah nakal. So kalau budak intern tu nakal tak boleh kan? Maknanya kalau isteri yang nakal, suami tentu suka. Lawak-lawak lucah, hantar gambar kain terselak nampak peha (atau nampak spender) kat suami, hantar whatsapp “Abang, saya teringat la abang jilat semalam syoknyaaaaa…nanti nak lagi tau”, selit thong sehelai dalam beg kerja suami, nakal kan?
Kinky & fetish
Ada sesetengah lelaki, yang rasa turn on kalau dia tau yang isteri dia ada fetish dan juga ada perangai kinky sikit. Apa tu?
Fetish ni ialah satu keinginan seks yang lebih kepuasannya berkait dengan objek tertentu atau aktiviti tertentu atau bahagian badan tertentu. Contohnya mungkin ada sesetengah lelaki yang suka jima’ isteri dia pakai baju sekolah menengah, atau dia rasa sangat turn on dengan kaki isteri dia. Bagi isteri yang tak tau perkara ini, percayalah bahawa ia adalah satu kategori keinginan seks yang agak besar, sehingga jika ia terlalu melampau, ia dikira juga sebagai masalah psikiatri. Tapi kebanyakannya suami/lelaki hanya mempunyai keinginan fetish tertentu yang halal untuk dibuat dengan isteri. Apa fetish suami anda? Kena tanya dia lah.
Kinky pula boleh dikatakan bermaksud mempunyai selera atau tabiat seks yang tidak terlalu bersifat tradisional. Contohnya sifat seks tradisional selalunya di atas katil, dalam bilik tidur, lampu tertutup, di waktu malam. Posisi pula hanya sekadar isteri di bawah, suami di atas. Habis. Bagi menjadikan aktiviti seks lebih kinky, ia boleh dicuba di countertop dapur atau dalam kereta, ada juga yang suka bermain dengan elemen lampu seperti lampu disko. Antara contoh lain ialah quickie di tandas sebaik sebelum mandi. Quickie ialah jima’ versi ekspress tanpa ada pendahuluan atau foreplay. Kaedah ini semua mungkin tidak selari dengan sunnah, namun keinginan ini mungkin ada bagi sesetengah lelaki, dan tiada halangan agama yang mengharamkannya untuk dibuat bersama pasangan halal masing-masing. Namun sila berhati-hati jangan sehingga terkeluar landasan syara’ sehingga berminat ke arah kinky yang melampau seperti aktiviti liwat (jima’ melalui dubur) atau threesome (hubungan seks secara bertiga) kerana ini sudah jatuh haram, ia melampaui batas.
Open, tapi malu
Selalunya suami sukakan isteri yang bersifat open bercakap tentang seks bersamanya, tetapi elemen malu-malu kucing perlu ada untuk menambah perisa tarikan si isteri kepada suami. Selalunya si suami ingin tahu bahawa isterinya punyai keinginan yang sama, sekaligus mengurangkan perasaan ditolak atau kena reject. Dia mahu dengar isterinya bercerita betapa seronoknya aktiviti semalam, ada suami yang mungkin seronok bila isteri bertanya malu-malu “Abang ada buat apa-apa ke, rasa lain macam je masa kena tusuk tu.”
Isteri horny
Mendengar isteri yang tak tertahan-tahan ialah suatu yang sangat hot. Perlu sentiasa ingat, lelaki ialah makhluk penyelesai masalah. Keghairahan isteri ialah suatu ‘masalah’ yang perlu diselesaikan oleh anggota kelelakiannya. Isteri tak perlu berlebihan pun tunjuk horny seperti sambut suami di pintu rumah sambil berbogel, tidak. Sedikit teasing sekadar memberitahu suami yang “Aku sedang berfikiran blue bersamamu di mindaku” sudah cukup buat suami tak senang duduk. Ketika suami leka buat sesuatu, terkam dan cium bibirnya bersungguh-sungguh, pasti ditinggalnya perkara yang dia sedang buat. Jangan dia sedang online meeting sudahlah ya.
Sex toy
Penggunaan alat bantu aktiviti seks adalah tidak asing bagi orang putih, tetapi masih janggal di kalangan masyarakat Melayu. Tiada larangan khusus di dalam agama selagi mana ia dilakukan antara suami isteri yang halal. Sesetengah suami berimpian untuk menggunakan sex toy dalam hubungan mereka. Cara penggunaannya mungkin berbeza. Ada yang ingin menonton isterinya beraksi, ada yang ingin melancap isterinya, ada yang ingin isterinya lancapkan dia, dan ada juga yang terasa ghairah mahukan isterinya menontonnya menggunakannya. Terdapat pelbagai sex toy di pasaran untuk kegunaan kedua-dua suami atau isteri. Ada dildo (batang zakar palsu), fake pussy (faraj palsu), vibrator (mainan bergetar untuk rangsangan berfokus di kelentit / zakar / faraj / puting), dan bermacam-macam lagi. Namun penggunaan toys sedemikian perlu dibincang dengan baik bersama pasangan masing-masing kerana ada yang mungkin lebih sukakan yang asli atau merasa sakit dengan objek-objek tambahan.
Rakaman aktiviti seks
Bunyinya pervert kan? Namun hakikat lelaki bermata keranjang itu perlu diterima kerana itulah biologi mereka. Kerana itulah Allah memerintahkan supaya mukminin dan mukminat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan (surah An-Nur, ayat 30-31), kerana Allah sudah tahu yang manusia mahu melihat perkara mencolok mata. Jadi jika suami MAHU melihat dan menonton, dan HALAL untuk melihat isteri sendiri, apa yang pervertnya untuk rakam aktiviti seks sendiri? Baik harus berhati-hati, di zaman teknologi serba canggih ini, harus dipastikan rakaman tersebut hanya untuk tontonan sendiri sahaja, dan langkah berjaga-jaga harus diambil supaya ia tidak tersebar. Sebaiknya di zaman teknologi sebegini, digital footprint sebegini dipastikan wujud seminimum mungkin atas pelbagai faktor keselamatan. Namun jika kita sudah pastikan segala langkah berhati-hati sudah diambil, “lepas rakam abang tak delete” agak spicy juga kan?
Seks oral
Ada suami yang kepingin melakukan seks oral. Sama ada isteri buat pada dia, atau dia buat pada isteri. Fatwa? Ada perbezaan pandangan, ada yang melarang atas dasar kemaluan dikira sebagai sebagai anggota yang tidak suci dan tidak mulia, ada yang membenarkan atas dasar suami boleh datangi isteri mengikut apa cara yang disukai. Asalkan tidak melakukan larangan seperti menelan air mazi yang berstatus najis. Ada pelbagai cara untuk seks oral, sebagaimana namanya, ia adalah aktiviti seks melibatkan mulut, bagi memberi stimulasi seks kepada pasangannya.
Ada suami yang puas dengan seks oral daripada orgasm yang dicapai, ada yang menjadi puas kerana merasakan seolah-olah in control kepada wanita isterinya. Bagi suami yang sukakan blowjob, mungkin ada yang malu untuk minta isterinya lakukan atas dasar hormat. Jadi ia akan jadi 2 kali ganda hot jika isteri yang minta untuk blowjob suaminya. Ada juga suami yang mendapati sangat ghairah untuk menjilat kemaluan isterinya tetapi isteri yang tidak suka. Jadi apa yang penting ialah komunikasi. Juga amat penting untuk menjaga kebersihan alat kelamin masing-masing bagi ‘menjemput’ pasangan menikmati santapan tersebut.
Jika anda menggunakan pelincir sebelum berlaku aktiviti seks oral, adalah amat penting untuk mendapatkan pelincir (lubricant) yang selamat untuk ditelan (seperti lubricant Durex berperisa strawberi ini ini –> https://shope.ee/3L0ZtUtr8r). Sangat susah untuk dapatkan lubricant yang memang dibuat daripada makanan kerana faktor mudah rosak, akan tetapi banyak yang jenis selamat dimakan walaupun bukan dihasilkan sebagai bahan makanan.
Variasi aktiviti – bukan posisi sahaja
Selalu kita dengar pasangan mencuba pelbagai posisi semasa hubungan seks kan? Doggie, missionary, cowgirl, 69, dan macam-macam lagi. Hakikatnya, kebanyakan suami bukan sahaja suka bertukar selera posisi, tetapi juga suka pelbagaikan aktiviti. Kalau semalam sudah buat seks, hari ini mungkin cuma ingin bermanja-manja cuddle sahaja, esok mungkin teringin isterinya blowjob, sehari selepas itu mungkin dia cuma mahu seks oral kepada isterinya. Bukan itu sahaja, bertukar-tukar tempat juga boleh menaikkan ‘semangat’ suami ya.
Seks mengejut
Surprise sex is really a thing. Antara impian lelaki yang malu nak diberitahu isteri ialah, sedang tidur tiba-tiba dikejutkan dengan isterinya panjat dan duduk atas morning woodnya atau terus masuk selimut mengulumnya dengan rakus. Memang syok. Tak semestinya itu saja, ajakan seks secara rawak tanpa dirancang seperti di tandas awam, dalam kereta di taman rekreasi (tetapi pastikan tidak diintai orang ya), atau katakan suami yang bekerja di rumah tiba-tiba diramas oleh isteri di bawah meja kerja. Ini memang hot!
Sebenarnya, jauh di benak hati seorang suami, dia mahu isterinya bahagia dan menikmati kegembiraan seks bersamanya seikhlas hati sahaja. Bukanlah suami inginkan yang bukan-bukan, cuma kadangkala malu itu sangat menebal sehingga terhalang keinginan sebenar lelaki tanpa sempat dia menyuarakannya. Sebagai lelaki, keinginan yang pelbagai itu terlintas secara naluri. Jika difikirkan secara logik, kenapa laman-laman pornografi begitu penuh dengan pelbagai fantasi dan kategori yang pelik-pelik? Mungkin sebahagiannya terhasil oleh kreativiti pengarah dan penerbit video porno, namun ada sebahagiannya yang memang wujud di sebalik syahwat seorang lelaki secara realiti, sebahagiannya sudah pun disebutkan di atas. Jika tidak wujud naluri sedemikian diciptakan tuhan, mana mungkin ada penonton yang berselera untuk menonton video-video tersebut di laman-laman web 18+ tersebut, demand & supply, remember?
Alang-alang memang teringin, dan ada partner yang halal untuk cuba-cuba, why not?