APA lagi isteri mahu sebenarnya?

Entri kali ini ditulis bagi mewakili suara hati para isteri yang banyak terpendam di lubuk hati mereka tetapi kadangkala tidak sanggup diluahkan kepada suami kerana takut dianggap nusyuz dan derhaka. Bukan nak menyakitkan hati atau derhaka sebenarnya, tetapi sudah banyak hint diberikan tetapi suami tetap tidak faham. Semoga ia menjadi alat komunikasi menyampaikan hasrat di hati isteri buat difahami para suami.

Jadi saya tolong senaraikan 10 keinginan para isteri yang mungkin malu untuk diberitahu, atau sudah pun diberikan hint banyak kali tetapi masih tidak faham. Perlu diingat ya, keinginan isteri ini mungkin nampak tak logik bagi suami, namun itulah bahasa mereka. Secara dasarnya yang menghilangkan dahaga mereka ialah perhatian suami. Mungkin ada antara 10 ini yang tidak terpakai untuk wanita tertentu, tetapi kebanyakannya ya. Dan perlu diingat juga, masih banyak perkara yang tidak tersenarai, tetapi sekurang-kurangnya 10 perkara ini boleh menjadi panduan. 

Belai, belai, belai

Belai bukan mesti foreplay ya, tapi boleh juga jadi foreplay. Bukan juga gosok. Belai ni ialah belai manja-manja. Warganet suka kata ‘manjah’. Selalunya belaian perlu disertai dengan kata-kata manja. Belaian perlukan beberapa komponen iaitu sentuhan halus, gerakan perlahan dan melibatkan sebanyak mungkin luas permukaan kulit. Sentuhan halus boleh dilakukan dengan hujung jari, hanya dengan menyentuh dan bukan menekan, ataupun dengan alat lain seperti bulu atau hujung tali. Yang penting ia mestilah gerakan perlahan dan meliputi sebanyak mungkin permukaan kulit. Perbuatan ini secara tidak langsung menjadikan isteri sebagai perhatian penting si suami dan tidak pula gopoh untuk dihabiskan segera.

Slow-slow

Gosok ke, belai ke, cakap ke, isteri suka kalau slow-slow, melainkan bila sampai masanya yang isteri sebut “Laju lagi abang,”, yang lain semua perlu diperlahankan. Perlahan bererti lebih lama perhatian kepada isteri. Tetapi janganlah perlahan yang kosong, perlu ada kualitinya. 

Pillow talk

Pillow talk ini mungkin agak sukar untuk dibuat kebanyakan lelaki, kerana sebaik sahaja berada di katil, suami ini kalau bukan horny maknanya dia mengantuk. Sesi pillow talk boleh memakan masa antara beberapa minit sehingga 2 ke 3 jam, bergantung pada tahap keseriusan dan emosi isteri. Jika dilaksanakan dengan baik, si suami mungkin akan dapat menikmati malam berahi terindah. Namun, jika tersilap langkah, boleh muncung mulut bergaduh sebulan. Mungkin da isteri yang tidak perlukan pillow talk, tapi secara amnya, ramai wanita yang sukakan sesi ini. Cabarannya ialah, suami perlu menjadi pendengar yang sangat baik. Bukan hanya mendengar, perlu juga diberikan beberapa respon selain “aha”, “ooo macam tu…”, “ok” atau sekadar mengangguk, respon perlu lebih personal dan perlu lebih empati. 

Antara contoh skrip respon yang mungkin membantu adalah seperti berikut,

“Jadi kawan ofis awak buat macam tu kat awak dia ingat bagus sangat ke macam tu.”

“Mencabarnya sayang hari-hari nak hadap perangai budak-budak ni kat rumah kan? Allah how I wish I could be there with you.

“Awak ni sebenarnya wanita paling berani/bijak saya pernah kenal. Kawan-kawan awak tu patutnya kena tahu yang diorang rugi tau kalau hilang kawan macam awak.”

“Mencabar juga apa yang awak kena hadap ni, kalau saya di tempat awak saya pun tak tau kalau saya mampu buat semua yang awak buat tu.”

Ini hanya sekadar contoh, anda mungkin perlu melakukan kajian yang memakan masa bertahun-tahun bagi melatih diri memberi respon yang baik. Yang penting, sila switch off kelelakian dalam kemahiran penyelesaian masalah. Sila jangan sembarangan keluarkan penyelesaian masalah jika tidak benar-benar diminta oleh isteri. Selain daripada respon di atas, anda mungkin akan mendapat soalan seperti “How was your day?“, atau “Abang macam mana hari ini.” 

Ya hari anda memang macam biasa, tetapi JANGAN anda sekali-kali jawab “Biasa je,” atau “OK je, takde apa-apa pun,” melainkan anda memang nak simpan tabung leteran untuk minggu akan datang. 

Cara menjawabnya adalah seperti begini, “Fuh harini, pagi tadi masa on the way pergi kerja tu, abang berhenti Petronas nak cucuk duit ATM, sekali terserempak kawan lama sekolah rendah dulu bla bla bla…” Baik sila beri perhatian. The secret lies in the details. Ingati setiap detail peristiwa dan dialog anda bersama kawan anda tersebut, walaupun realitinya anda berjumpa dia hanya 5 minit, tapi bayangkan anda sedang berperanan sebagai penulis skrip drama Korea dan cuba create scene tersebut dengan penuh emosi dan debaran. Nescaya isteri anda akan tersengih dapat menonton drama 5 minit anda dengan penuh perasaan.

Dah habis ke? Belum.

Selepas habis ceritakan scene pertemuan anda tadi, sekarang imbau kembali peristiwa-peristiwa pahit manis anda bersama rakan anda semasa kecil dahulu dan ceritakan selama yang mungkin. Apa sahaja untuk menggambarkan kemanisan persahabatan anda walaupun cuma tergelincir masuk longkang. Ia akan menjadi satu pillow talk yang sangat bermakna untuk isteri anda kerana bagi suami, mungkin ia hanya sekadar cerita, tetapi bagi isteri, ia adalah (1) sesi melayan perasaan sama seperti tengok drama, (2) sesi mendapat perhatian penuh suami sebab bersungguh-sungguh bercerita pengalaman yang dia rasa best gila (3) sesi mengenali zaman kanak-kanak suami yang comel-comel busuk-busuk berhingus.

Menjadi ingatan dan perhatian utama SETIAP HARI

Apa sahaja anda buat setiap hari, mesti memfokuskan kepada melahirkan ingatan kepada isteri. Tag di media sosial, call, whatsapp, hantar lagu yang mengingatkan pada isteri, puji dan macam-macam lagi. Puji ni bukan setakat cantik manis manja saja, tetapi boleh beritahu dia sebagai seorang wanita yang anggun, berani, bijak, berpandangan jauh, berfikiran kritis, penyayang, sanggup berkorban, prihatin, bertanggungjawab, outstanding, dan macam-macam lagi. 

Didengari

Bunyi dia cliche kan? Tapi yang ini lah yang susah sangat nak dipraktik. Mendengar tapi bukan mendengar bunyi semata, tetapi mendengar secara aktif. Macam mana tu? Namanya, listening to understand, not listening to reply. Mendengar untuk memahami ini kadangkala hanya perlu angguk tanda setuju, adakala perlu balas sedikit tanda bersama, adakalanya perlu respons lebih sedikit tanda empati, kadangkala perlu reply dengan lebih panjang tanda ada masalah yang perlu diselesaikan bersama. Namun ia bukan semudah itu, walaupun anda sudah berkahwin selama 50 tahun, belum tentu anda mampu menguasai kemahiran tersebut. Mungkin tpik ini perlukan olahan yang lebih panjang di dalam entri lain, namun satu tips penting yang perlu dikongsi ialah jadikan isteri sebagai fokus utama di dalam perbualan, cuba fahami rasa hatinya, bukan untuk analisis masalah dan selesaikannya dengan begitu teknikal. 

Setia

Tiada siapa boleh redha jika pasangannya tidak setia, baik lelaki mahupun wanita. Namun, kesetiaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah semata-mata kekal ikatan perkahwinan sehingga akhir hayat. Wanita lebih mengharapkan tindak tanduk, impression, penzahiran aktiviti di media sosial, aktiviti harian, cara berpakaian, dan pelbagai aktiviti harian dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara perlu melambangkan kesetiaan. Harus diingat, apa yang kita rasanya lambang kesetiaan mungkin tidak berkesan pada mereka. Contohnya, bekerja keras, OT sehingga lewat malam, buat 2-3 kerja untuk menambah nafkah demi memenuhi semua kehendak isteri mungkin akan dikatakan sebagai tidak menyayanginya kerana tidak meluangkan masa untuknya. 

Namun masih banyak perkara yang boleh diubah oleh kaum Adam untuk menambah perisa kesetiaan supaya isteri tidak sangsi dan tersenyum bahagia setiap hari. Contohnya, elakkan bergurau tentang poligami. Kurangkan apa-apa bentuk hubungan komunikasi baik di whatsapp mahupun di luar dengan rakan perempuan walaupun ia hal kerja yang tidak dapat dielak. Jangan sekali-kali keluar melepak dengan rakan wanita walaupun ada suami/boyfriend mereka. Hidup anda perlu diabadikan kepada isteri anda sahaja. Melainkan memang dinyatakan secara jelas oleh isteri bahawa mereka OK dengan perbuatan tersebut, itu pun anda perlu sangsi kerana mereka mungkin sedang menguji sahaja. 

Pakai pakaian sama atau setidaknya sama warna jika isteri anda sukakannya. Up gambar bersama di media sosial atau di telefon anda. Simpan gambarnya di dompet atau kereta atau barang peribadi anda. Ya ia nampak klasik, tapi percayalah kesannya membahagiakan tanpa sedar. Puji isteri anda di depan rakan-rakan. Puji dia di depan ibu atau mertua anda. Jika masih blur apa nak dibuat, apa kata anda tanya isteri sahaja apa yang dia mahu. Agak-agak boleh buat?

Tukar-tukar teknik

Pelbagai teknik ini bukanlah untuk dibuat dengan sangat rigid. Ia perlu fleksibel. Ia perlu variasi. Anda boleh mix and match. Anda perlu tukar-tukar selera. Isteri kadangkala bosan dengan satu kaedah sahaja dan mengharapkan anda zahirkan cinta pada mereka dengan cara yang sedikit berbeza. Dari situ mereka membaca keikhlasan hati dan mudah bersangka baik kepada anda. Mungkin ada keinginan mereka yang tidak pun tersenarai di sini, silakan, be my guest. Tiada salahnya jika ia berkesan. Selagi mana ia dapat menambat hati isteri anda, selagi itu ia boleh dipraktikkan. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *